Jadikan pemberian itu suatu khazanah berharga. Pergi mati soal ikhlas, apa kau fikir manusia atas bumi ni semuanya the best Mind Reader? Yang boleh dengan high precision and accurate untuk tebak semua isi hati dengan padu, jitu?
Satu contoh mudah. Hari Lahir. Pemberian material atau kad ucapan terlalu cliche pada individu macam aku. Aku harapkan sambutan itu ringkas. Pada mak bapak, bawak2 beringat pada anak2 kamu pada hari lahirnya. Ajak dia untuk mengaji Quran, atau apa2 surah untuk kebaikan diri sendiri. Pesan bahawa batu dua, lubang tanah dan kain kapan bakal menghampiri tak kira masa. Buatkan anak2 berasa ada Tuhan, dan bersyukur pada Tuhan sebab boleh sedut udara lagi. Contoh praktikal yang mudah, dan pastinya aku praktikkan kat bakal anak2 aku nanti.
Peringatan hari istimewa dari kengkawan. Geng, sila tanya tempat mana yang dihajati oleh dia selain dari shopping mall yang ntah ada apa2 benda tu. Bawakan dia pergi satu tempat yang aman. Tasik, sungai, atau mana2 taman bunga sekalipun. Tak guna gi beli telur, tepung just ntuk baling2, sangat ridiculuos. Baik digunakan ntuk buat cekodok, bagi persona tu makan. Jadikan hari tu betul2 special. Kenal la manusia dengan baik, at least for that day.
Setakat ni semua kawan2 aku gagal. (pengecualian buat sorang comel ni yang dah masakkan kuey teow goreng semalam)
Plan aku, aku nak gi kubur. Luangkan masa kat sana. Biar birthday aku, hari ntuk aku basahkan pipi. Biar aku tau, hidup aku takkan lama.

No comments:
Post a Comment