Pernah tak bila kau
clash dengan somebody, kau jumpa another love, kau rasa nak move on dengan
someone new, then korang together-gether? Kiranya ala incarnation relationship.
Mati-hidup-balik kisah cinta.
“Bagus la, dia dah move on. Masing-masing dah mula bukak kitab baru. Ok
what. Apa masalah?”
Ha ha ha, semanis
kurma mulut kau keluar ayat. Meh sini aku tempek sikit silibus hidup yang bakal
kau hadap kalau ada type relationship ni. Dan ni bukan aku tangkap serkap je
cakap, ni atas pengalaman aku sendiri. Al-maklum la, aku ni Father Of Love.
Rasa
Attract Sebab Ada Persamaan Macam Ex Kau.
Yang pasti, kau
takkan terpacul ayat,
“Awek tu lain! Dia lain daripada yang lain!”
“Pakwe tu comel gila. Ni first time jantung aku nak gugur tengok.”
Tapi ayat yang
keluar adalah, somebody tu macam ex kau. Dan disebabkan tu jadi tarikan. Ironik
gila kan? Kau nak lupakan dia, tapi kau attract pulak dengan orang macam dia.
Kau nak tau apasal? Sebab tu salah satu tanda yang kau tak ready sebenarnya
terima orang selain dia.
Tapi oleh kerana kau
rasa diri kau desperate, maka seakan-akan bayang ex pun kau sapu jugak, tak
kira segi muka, rambut, even grade exam dia. At first it feels right. But then
kau akan hadap next problem.
Kau Akan
Rasa Hubungan-Ni-Tak-Sepatutnya-Berlaku.
Lama-lama kau hadap
dia, dia hadap kau, korang jadi confuse. Yela, sebab awalnya kau dah cop yang
dia tu macam pakwe/makwe kau, so kau expect kau boleh treat dia sama atau
better macam kau treat ex kau dulu.
But no no no no. Kau
silap besar. Kau tak mampu sama kan dia. Kau tak mampu treat lagi better. Tapi
kau rasa kau layan dia lagi teruk daripada ex kau. Kau confuse. Otak kau
keliru. Kau pening. Kau cuba lagi. Masih tak mampu. Damn! Kebabian apakah ini?
Bukan ke kau dah move on? Apa masalahnya kan?
Beribu-ribu tahniah.
Kau baru sedar yang kau dah buat satu kesilapan.
Ex Kau
Terpacul Balik.
Saat yang kau rasa
hidup kau tunggang terbalik, berputar-putar macam Roda Impian, berpinar-pinar
macam pinata kena hentam adalah apabila ex kau muncul balik dan cakap,
“Honey, I was fucking wrong. I can’t leave live without you.
Sekarang baru I sedar, you nyawa I.”
Ataupun paling bangang
pun bila tangan kau tiba-tiba gatal nak mesej ex kau, dapat feedback positive,
kununnya harapan yang dah busuk jadi wangi balik.
Tak kisah mana-mana
situasi pun, kau terkesima kejap then fikir, damn! Kau rasa kau sebenarnya
sayang dia lagi! And maybe, MAYBE, harapan untuk bermanja seperti dahulu kala
masih ada. Kau kinja-kinja. Yeah!
But then tiba-tiba
kau dapat text daripada somebody. Somebody yang teman kau lepas kau rasa
harapan kau dah hilang.
“Sayang? Hik. Tengah buat apa tu sayang?”
Facepalm. Oh my
Gucci. What you’ve done?
Terperangkap
Dalam Kisah Cinta Kau Sendiri.
Akhirnya kau jadi
batu. Kau rasa ex kau tak dapat diganti. Kalau ada second chance, you really do
wanna him/her back. But on the same time kau dah couple dengan somebody.
Mana satu kau nak
pilih? Kau nak dump orang baru? Selfish gila kan. Dah dapat, main buang. Macam
cinta dia tak dihargai. How cruel is that. Kau buat keputusan nak jadi ala lagu
Sheila On 7 - Jangan Beritahu Niah? Kau nak pulaukan perasaan kau, jaga perasaan
dia. Mana tau kau dapat truly love orang baru tu kan?
Atau.. Kau nak buang
orang baru, kau ikut kata hati kau, together-gether balik dengan ex kau dan
bahagia buat selama-lamanya? Well, lagipun dia betul-betul cinta kau kan. Kau
rasa tak dapat sedut angin tanpa dia. Kau rasa boleh jadi gila tanpa dia. Kau
berani nak terus terang dan ambik balik ex kau?
*****************************************************
Brader, sistah,
pilihan kat tangan korang. Aku takkan decide untuk korang. Korang pilih la ikut
hati perut korang.
Tapi, kalau situasi
ni belum jadi kat hidup kau, baik kau blah. Kau jangan buat sial hidup kau
sendiri. Jangan cari pasal. Kau bagi lebih masa untuk diri kau. Jangan bercinta
bila kau tau diri kau hakikatnya belum bersedia.

No comments:
Post a Comment